SK Minyak Beku, 83030 Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Powered by Blogger.
RSS

Layan Jer..

Gotong-Royong


Ibu bapa sedang asyik membersihkan taman prasekolah
Murid-murid sedang melakukan aktiviti gotong-royong dipersekitaran sekolah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sukaneka Prasekolah

Aktiviti sukaneka untuk murid-murid prasekolah. Kelihatan murid sedang melakukan aktiviti menggolek bola dengan menggunakan kayu hoki.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa untuk Palestin..

Bersama kita doakan umat Islam di Palaestin..Selamatkan Palestin..semoga Allah memelihara dan melindungi saudara kita…semoga syahid dan sentiasa dirahmati Allah.Ya Allah berikan kemenangan kepada saudara kami dan Islam seluruh dunia…amiinnn..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Definasi Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Definisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia

Kekeliruan sering berlaku terhadap definisi pendidikan awal kanak-kanak. Definisi yang sering diguna pakai sekiranya anda membaca buku-buku penilsan dan terbitan dari USA dan menjadi pegangan pendidik awal kanak-kanak dan ahli akademiknya di bawah peraturan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) menyatakan pendidikan awal kanak-kanak adalah lahir hingga 8 tahun. Terdapat kekeliruan mereka yang tidak terdidik dalam bidang ini akan mengatakan bermula daripada sifar (0 tahun) tetapi sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak bermula dari bayi itu dilahirkan.

Di Malaysia terdapat kekeliruan ibu bapa khususnya definisi tadika, prasekolah dan taska. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menyatakan 'pendidikan prasekolah' (preschool education) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak berumur dari empat hingga enam tahun. 'Tadika' (kindergarten) bermaksud tempat di mana menempatkan sejumlah kanak-kanak pendidikan prasekolah seramai sepuluh atau lebih. Manakala 'taska' (nursery) merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) bermaksud program pendidikan untuk kanak-kanak di bawah umur empat tahun iaitu bermula dari lahir hingga empat tahun.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktif Bersenam Pintar Matematik

Aktif bersenam pintar matematik

KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang lebih tinggi.


BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Sambutan ini jatuh pada 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”, selaras dengan tema Maal Hijrah 1433..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kem Bestari 1 Malaysia Prasekolah

Kem Bestari 1 Malaysia daerah Batu Pahat telah diadakan pada 9 Oktober 2012. Seorang murid Prasekolah Permata Hati, SK Minyak Beku telah menyertai Tilawah Muqaddam pada kem Bestari ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Belajar Suku Kata


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Maal Hijral 1434

Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat sekalian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Awal Tahun



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 

Tarikh / Hari    :  16/10/2012 (Selasa)                          Masa                : 8.30 – 9.10 pagi
Kelas               :  Prasekolah Permata Hati                  Bil. Pelajar       : 25 orang  
Mata pelajaran : Tunjang Sains dan Teknologi                                  
Tajuk ( Tema)  : Alam Bahan                                     Subtema          : Makanan
Objektif           : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :                                    
                          1) Menamakan makanan yang ditunjukkan guru                                                                                 
                          2) Mengenalpasti jenis-jenis makanan mengikut rasa masam, manis, masin dan   pahit
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid- murid mengenali beberapa jenis makanan yang biasa

Bahan              : kertas manila kad, gambar kecil, kuih, buah cermai, telur masin, kopi dan
 lain-lain
                            
Nilai                : Kesyukuran,  bekerjasama, kebersihan, baik hati

Standard Kandungan              : ST 2.3 Membanding dan mengelaskan objek.

Standard Pembelajaran           : ST 2.3.5 Mengasingkan makanan mengikut rasa ( manis, masam, masin dan pahit).

Standard Pembelajaran yang disepadukan : (BM 2.1.3)  Berbual menggunakan ayat yang
                                                                                          mudah dengan sebutan yang betul.
                                                                      (PM 10.1.1) Bersedia menunggu giliran



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan /
Mencungkil Idea
(5 minit )

Guru bersoal jawab dengan murid.


1. Guru menunjukkan   beberapa jenis makanan.


2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang rasa makanan-makanan.
  




1. Murid menyebut makanan yang ditunjukkan guru.

2. Murid meneka rasa makanan tersebut berdasarkan pengalaman lepas.



KB:menghubung-kait pengalaman

BCB:Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan / persekitaran murid

BBM: kuih, buah cermai, telur masin, kopi, dan lain-lain

Perkemba-ngan

Langkah 1
(10 minit)

Merasa makanan.


1. Guru meminta murid merasa makanan yang ditunjukkan.

2. Guru meminta murid menyatakan rasa setiap makanan.


1. Murid menyatakan rasa setiap makanan. Cth : kuih-manis, telur masin-masin, kopi-pahit

Kosa  Kata : manis, masam, masin, pahit

Langkah 2
(15 minit)

Menampal gambar

1.Guru berikan setiap kumpulan kertas manila yang mengandungi perkataan manis, masam, masin dan pahit.

2. Guru menyediakan gambar kecil pelbagai jenis makanan


1. Murid menampal gambar mengikut rasa pada kertas manila kad.


Nilai :
bekerjasama

Langkah 3
(5 minit)

Menyebut kembali nama makanan mengikut rasa

Guru meminta murid menyatakan semula nama makanan mengikut rasa.


Murid menyatakan semula makanan mengikut rasa

KB:
Menghubungkaitkan menjana idea

BCB: Memproses maklumat menjana idea

BBM:Lembaran kerja papan tulis

Penutup
(5 minit)
Rumusan / nilai murni daripada tajuk hari ini/ membuat laporan

Guru meminta murid menyatakan nilai murni berdasarkan pelajaran

Guru meminta murid merasa makanan ibu di rumah apabila pulang
Murid menyatakan nilai murni dengan bimbingan guru.

Murid dikehendaki melaporkan rasa makanan ibu pada keesokan hari
Strategi/Kaedah :
Lisan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat menyambut Hari Deepavali kepada rakan-rakan khususnya yang beragama Hindu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan Seimbang

Piramid jadi panduan


p2t3_piramidmakanan1
Makanan yang diambil hendaklah mengikut piramid makanan agar seimbang

PEMAKANAN yang baik semasa kanak-kanak penting untuk menyokong keperluan anak anda yang sedang membesar. Di samping menambahkan ketinggian dan berat badan, anak-anak juga sangat aktif secara fizikal. Mereka memerlukan tenaga dan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran, memelihara fungsi tubuh dan kesihatan keseluruhan. Apabila anak anda berinteraksi secara aktif dengan persekitaran dan orang ramai, mereka terdedah kepada pelbagai ancaman kesihatan seperti jangkitan bakteria dan virus. Pemakanan yang baik dapat membantu mengekalkan sistem imun yang kuat serta menggalakkan pemulihan lebih cepat jika jatuh sakit.

Pemakanan yang baik juga penting untuk perkembangan mental kanak-kanak. Otak dan sistem saraf anak anda memerlukan nutrien mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan sokongan pemakanan yang baik, anak anda akan lebih bersedia untuk belajar dan cemerlang di dalam akademik. Bagi mencapai tumbesaran dan perkembangan yang optimum, anak anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pelbagai fungsi, yang boleh didapati daripada diet hariannya.
Karbohidrat Sumber tenaga terbaik untuk tubuh.
Karbohidrat (seperti kanji, gula) akan dipecahkan kepada glukosa serta digunakan untuk menggerakkan fungsi tubuh dan membekalkan tenaga. Glukosa adalah satu-satunya sumber tenaga untuk otak anak anda. Sumber karbohidrat kompleks yang baik termasuk beras, gandum, oat, barli dan produk-produk yang diperbuat daripada bahan-bahan ini (seperti mihun, kuetiau, roti, biskut dan bijirin sarapan), dan juga ubi seperti kentang, keledek dan keladi.

Protein
Asas binaan tulang, darah dan otot.
Membaiki, mengganti dan menghasilkan tisu untuk memastikan tumbesaran optimum.
Protein diperbuat daripada asid-asid amino. Tubuh memerlukan 22 asid amino: 14 boleh dihasilkan di dalam tubuh dan lapan mesti diambil daripada makanan (asid amino perlu). Protein daripada sumber haiwan (seperti ikan, ayam itik, daging, telur, susu dan produk tenusu) dan sumber tumbuh-tumbuhan (seperti kekacang, kacang pea dan lentil).

Lemak Membekalkan tenaga, vitamin-vitamin larut lemak dan asid-asid lemak penting yang hanya boleh didapati daripada makanan.
Mengekalkan suhu tubuh dan menghasilkan hormon serta sel-sel dalam tubuh.
Sumber lazim adalah minyak masak (seperti minyak sawit, minyak kacang soya). Lemak-lemak tak tepu, seperti daripada ikan, legum, kekacang dan biji-bijian merupakan sumber lemak diet yang baik. Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada sumber haiwan seperti ghee, lemak khinzir dan juga kelapa.

Vitamin dan mineral Mengekalkan tumbesaran dan kesihatan keseluruhan, kerana kedua-duanya menjalankan fungsi-fungsi penting di dalam tubuh.
Diperlukan dalam kuantiti kecil, tidak boleh dihasilkan dalam tubuh dan hanya boleh didapati daripada makanan.
Keperluan boleh dipenuhi dengan memakan pelbagai jenis makanan daripada lima kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Air
Mengekalkan keseimbangan cecair tubuh.
Menyerap haba metabolik di dalam tubuh. Berfungsi sebagai medium pengangkutan di dalam tubuh (seperti menghantar nutrien ke organ-organ di dalam tubuh dan menyingkirkan bahan kumuh daripada tubuh).

Amalkan asas pemakanan sihat
Hanya anda yang boleh memastikan anak anda menerima yang terbaik dari segi pemakanan. Anda beruntung kerana ia bukanlah sesuatu yang sukar. Prinsipnya mudah - bekalkan makanan yang betul, pada masa yang betul, serta dalam jumlah yang betul.

Jadikan Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan apabila membuat pilihan makanan. Hidangkan makanan daripada kelima-lima kumpulan makanan di dalam piramid tersebut mengikut bilangan hidangan yang disarankan. Jangan lupa untuk mempelbagaikan makanan yang disediakan setiap hari kerana tiada satu jenis makanan yang boleh memenuhi kesemua keperluan pemakanan anak anda. Sentiasa berikan alternatif yang berkhasiat untuk makanan yang anak anda tidak gemari. Contohnya, hidangkan kangkung jika dia tidak gemarkan bayam; berikan ayam jika dia enggan makan ikan. Paling penting adalah memberinya gabungan makanan-makanan berkhasiat yang membekalkan pelbagai nutrien untuk menyokong keperluannya.

Berikut beberapa tip tabiat diet yang baik untuk ibu bapa amalkan di rumah:
l Pastikan anak anda makan sarapan pagi sebelum ke sekolah. Sarapan yang berkhasiat akan memberinya permulaan hari yang baik, menggerakkan metabolismenya, serta memberikan tenaga untuknya belajar dan bermain di sekolah. Anak anda boleh pilih sarapan pagi yang ringkas seperti segelas susu bersama semangkuk bijirin sarapan atau sandwich tuna. Bagi ibu bapa yang sentiasa terburu-buru pada waktu pagi, cuba rancang dan sediakan bahan ramuan pada malam sebelumnya.
l Pastikan anak anda mempunyai tiga waktu makan utama dan dua snek setiap hari. Makan snek antara waktu makan akan membantu anak anda bertenaga sepanjang hari. Pilih snek yang berkhasiat, seperti kraker biasa, buah-buahan dan yogurt. Bagaimanapun, jangan ganti waktu makan utama dengan snek. Jangan beri snek kepada anak anda dua jam sebelum waktu makan utama bagi mengelakkan anak anda hilang selera semasa waktu makan utamanya.
l Sediakan bekalan snek yang berkhasiat (seperti sandwic, buah-buahan potong) untuk anak anda bawa ke tadika atau sekolah. Ini merupakan satu cara memastikan dia makan secara sihat walaupun di luar rumah.
l Kurangkan menggoreng dalam minyak yang banyak, guna kaedah masak yang sihat seperti stim, kacau goreng, bakar dan panggang. Had penggunaan lemak, gula, garam dan perasa dalam masakan.
l Beri anak minum susu setiap hari. Jangan berhenti hanya kerana dia telah bersekolah. Galakkan dia minum 6-8 gelas air kosong sehari. Anda juga boleh memberi anak anda sumber cecair lain seperti sup dan jus, sebaik- baik-nya yang rendah lemak dan gula.
Pemakanan yang baik bukan sekadar boleh mencegah masalah berlebihan berat atau kurang berat dalam kalangan kanak-kanak. Ia adalah asas ke arah membentuk kesihatan mereka untuk jangka masa panjang. Jadi tanamlah tabiat makan secara sihat di dalam anak anda daripada kecil, supaya dia akan menikmati tumbesaran dan perkembangan yang optimum, dan juga kesihatan yang baik pada masa hadapan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepentingan Memberus Gigi


Memberus Gigi


KENAPA GIGI PERLU DIBERUS?

Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

MENGAPA MEMBERUS GIGI ITU PENTING?

Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).

BILA ANAK ANDA SEPATUTNYA MULA MEMBERUS GIGI ?

Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI ?


  • Untuk bayi

  • bayi
    • Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak

  • kanak-kanak
    • Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.

    Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
    • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
    • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

    Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
    • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
    • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

    berus gigi
    Ubat gigi sebesar biji kacang soya.

    Amalan Kesihatan Pergigian Yang Baik

    KENAPA PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PENTING?

    Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

    BAGAIMANAKAH CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK?

    Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

    1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
    • Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan sebelum tidur malam.
    • Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya
      ( 5 mm ) sahaja untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas.
    • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.
    • Berkumur-kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan memberus gigi.
    • Jangan berkongsi berus gigi.
    • Tukar berus gigi jika bulu berusnya mula kembang.

    2. Makan secara sihat :
    • Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut tidak mengandungi gula.
    • Jangan sekali-kali mencelup puting botol susu ke dalam gula atau manisan.
    • Elakkan minum minuman berkarbonat kerana kandungan gulanya tinggi.
    3. Pemeriksaan pergigian secara berkala :
    • Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian.
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.
    • Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.


    Ubat-Ubatan

    LATAR BELAKANG

    Sesetengah jenis ubat jika diambil dalam tempoh terlalu lama dan berterusan boleh memberi kesan buruk kepada gigi contohnya:

    Ubat sirapUbat sirap mengandungi gula yang diberikan kepada kanak-kanak, meningkatkan risiko terhadap kerosakan gigi. Tetracycline boleh menyebabkan kecacatan kekal warna gigi sehingga menjadi kelabu atau lebam.

    APAKAH KESAN UBAT-UBATAN KE ATAS GIGI?

    • Ubat sirap lazimnya mengandungi gula yang boleh menyebabkan kerosakan gigi terutama jika penjagaan kebersihan pergigian diabaikan.
    • Antibiotik dari jenis tetracycline boleh menjejaskan proses pembentukan gigi.

    BAGAIMANAKAH UNTUK MENCEGAH KESAN BURUK UBAT-UBATAN KE ATAS GIGI?

    Panduan di bawah mungkin dapat membantu mencegah kesan buruk ubat-ubatan pada gigi :
    • Dapatkan ubat-ubatan yang tidak mengandungi gula jika ada pilihan.
    • Gunakan picagari. Ubat yang diisikan ke dalam picagari dimasukkan jauh ke dalam mulut anak bagi mengurangkan kesan gula pada permukaan gigi.
    • Minum air kosong atau berkumur-kumur setelah mengambil ubat. Sekiranya tidak dapat berkumur, bersihkan mulut bayi dengan menggunakan tuala basah yang bersih.
    • Pastikan jenis antibiotik yang diberikan kepada anak anda. Elakkan daripada mengambil antibiotik jenis tetracycline.

    Makanan Ringan (Snek)

    LATAR BELAKANG

    snekKekerapan mengambil makanan ringan yang tinggi kandungan gula akan menggalakkan kerosakan gigi.

    APAKAH MAKANAN RINGAN YANG BERKHASIAT?

    Pilihlah makanan ringan yang rendah kandungan gula. Berikut adalah pilihan yang lebih baik untuk anak anda.

    Minuman penghilang dahaga :
    • air kosong
    • jus buah dan sayur tanpa tambahan gula
    • susu segar

    Buah-buahan dan kekacang:
    • buah-buahan seperti jambu batu, tembikai susu dan tembikai
    • sayuran mentah seperti sengkuang dan mentimun
    • kekacang seperti kacang kuda rebus
    kekacang dan buah-buahan

    Makanan yang mengenyangkan:
    • Sandwic tuna atau telur, biskut & roti tawar, bijirin, capati dan telur rebus.

    ADAKAH COKLAT DAN GULA-GULA BOLEH MEROSAKKAN GIGI?

    Kerosakan gigi boleh dicegah sekiranya anak anda makan coklat atau gula-gula semasa waktu makan utama dan menjaga kebersihan giginya.

    APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN GIGI?

    Kerosakan gigi boleh dicegah dengan amalan berikut:
    • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan snek atau minuman yang tinggi kandungan gula. Baca label makanan semasa membeli barang keperluan dapur. Untuk makluman anda; madu, sirap jagung, glukosa dan sirap pekat semuanya adalah gula.
    • Amalkan teknik memberus gigi yang berkesan dan berkumur-kumur setiap kali selepas makan makanan ringan atau snek.
    • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

    Pemeriksaan Pergigian Berkala

    pemeriksaan gigi berkala



    LATAR BELAKANG

    Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.

    MENGAPA PERLU MELAKUKAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN SECARA BERKALA?

    Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk :
    • Mengawasi pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang
    • Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
    • Menyelia penjagaan gigi sendiri

    BILAKAH PEMERIKSAAN PERGIGIAN PERLU DILAKUKAN?

    Mulakan pemeriksaan pergigian setelah gigi susu pertama tumbuh ( berumur lebih kurang 6 bulan). Ikuti nasihat doktor pergigian untuk pemeriksaan seterusnya.

    Karies Awal di Kalangan Kanak-kanak


    APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KARIES AWAL DI KALANGAN KANAK-KANAK?

      Karies awal di kalangan kanak-kanak ialah kerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadar yang cepat yang disebabkan oleh amalan penyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagi oleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia juga dikenali dengan nama karies botol susu.

    APAKAH YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN GIGI ANAK?

    Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku.

    Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan. Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.

    BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGETAHUI ANAK ANDA MENGALAMI KEROSAKAN GIGI?

    Anak anda mungkin mengalami:
    • sakit gigi atau gusi
    • kerosakan gigi kacip di rahang atas
    • kerosakan gigi geraham di rahang atas dan bawah

    Kebiasaannya, kerosakan gigi jarang berlaku pada gigi hadapan rahang bawah.

    APAKAH MASALAH BERKAITAN YANG TIMBUL?

    Kerosakan gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan :
    • sakit gigi
    • bengkak gusi
    • kehilangan gigi

    BAGAIMANAKAH GIGI YANG ROSAK DIRAWAT?

    Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan. Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.

    APAKAH YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN GIGI AWAL DI KALANGAN KANAK-KANAK?

    Langkah yang perlu diambil :
    • Pangku anak anda semasa menyusu botol dan keluarkan botol daripada mulutnya sebaik sahaja dia tidur.
    • Sekiranya anak anda enggan tidur tanpa botol di dalam mulutnya, isikan botol dengan air masak kosong.
    • Bersihkan mulut anak selepas memberi makan atau minum dengan tuala bersih yang basah. Jadikan kebiasaan untuk memberus gigi nya dua kali sehari apabila lebih banyak gigi tumbuh.
    • Elakkan memberi minuman yang manis atau mencampur gula ke dalam minuman botol anak anda.
    • Usahakan agar anak anda tidak lagi mengguna botol susu apabila sudah berumur 1 tahun. Latih anak anda minum susu dengan mengguna cawan.
    • Bawa anak anda ke klinik seawal mungkin untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian.

    Ubat Gigi Berfluorida Untuk Kanak-Kanak

    PENGENALAN

    Memberus gigi adalah antara amalan penjagaan mulut yang sebaiknya dilakukan untuk kebersihan diri. Memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida setiap hari boleh mencegah kerosakan gigi.

    Penggunaan ubat gigi berfluorida merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan kadar kerosakan gigi di serata dunia.

    Fluorida ialah mineral semula jadi yang boleh menguatkan lapisan luar gigi dan membantu mencegah kerosakan gigi. Walau bagaimanapun, penggunaan fluorida yang berlebihan boleh menyebabkan fluorosis enamel iaitu kecacatan lapisan luar gigi.

    KESAN PENGAMBILAN FLUORIDA BERLEBIHAN

    Pengambilan fluorida berlebihan oleh kanak-kanak sering kali terjadi bila mereka menelan ubat gigi berfluorida semasa memberus gigi. Sesetengah kanak-kanak suka dengan rasa ubat gigi yang berperisa. Ini menyebabkan mereka menelan ubat gigi tersebut.

    Dalam keadaan lain, sesetengah kanak-kanak diberi fluorida tambahan secara berlebihan. Terdapat juga yang diberi fluorida tambahan sedangkan bekalan air paip sudah pun mengandungi fluorida yang mencukupi.

    Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa proses pembentukan gigi boleh menyebabkan kecacatan gigi. Kesannya, lapisan luar gigi (enamel) yang putih dan licin menjadi lubang-lubang kecil berwarna coklat. Warna ini kelihatan jelas pada permukaan gigi hadapan.

    Gigi hadapan sangat penting untuk penampilan dan senyuman menarik. Sudah tentu kecacatan gigi tersebut boleh menjejaskan keterampilan diri .

    RAWATAN KECACATAN PADA ENAMEL

    Fluorosis enamel boleh dirawat. Dengan rawatan kosmetik pergigian, penampilan gigi yang terlibat boleh dibaiki. Pakar Pergigian Pediatrik akan memberitahu anda tentang rawatan yang boleh dilakukan jika anak anda mengalami fluorosis enamel yang teruk.

    PENGGUNAAN UBAT GIGI BERFLUORIDA YANG BETUL

    Penggunaan ubat gigi berfluorida penting untuk memastikan kesihatan pergigian anak anda baik

    TETAPI
    • Pastikan ubat gigi yang digunakan tidak berlebihan. Untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah, pemberusan gigi harus dibantu oleh ibu bapa dan ubat gigi yang digunakan hanyalah sebesar kacang pea.
    • Ajar anak anda untuk tidak menelan ubat gigi sebaliknya meludah sebaik sahaja selepas memberus gigi.
    • Manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun, ubat gigi mungkin tidak perlu digunakan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS