SK Minyak Beku, 83030 Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Powered by Blogger.
RSS

Layan Jer..

Cerita Kanak-Kanak




Tajuk : Pengembala Yang Nakal

Di dalam sebuah kampung , tinggal seorang budak yang nakal. Namanya ialah KUDIN. Kudin bekerja sebagai penggembala di sebuah ladang biri-biri. Kerja Kudin ialah membawa sekawan biri-biri untuk meragut rumput pada setiap pagi.Dia akan menunggu biri-biri itu meragut rumput sehingga petang.Setelah petang, dia akan membawa biri-biri pulang ke kandangnya.

Pada suatu hari, Kudin membawa biri-biri itu meragut rumput di pinggir sebuah hutan. Sementara menunggu biri-biri itu meragut rumput, Kudin berasa sungguh bosan. Tiba-tiba dia mendapat satu akal. ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!” . ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!” . Jeritan Kudin itu didengari beberapa orang pekerja di kawasan itu. Mereka bergegas ke tempat di mana biri-biri sedang meragut rumput.

Apabila sampai di sana mereka melihat Kudin sedang tertawa. “ Kah! Kah! Kah! Kamu semua sudah tertipu. Mana ada serigala di kawasan ini.,” kata Kudin sambil tertawa. Dia berasa gembira kerana dapat mempermain-mainkan orang lain. “Cis, kamu mempermain-mainkan kami!” kata salah seorang pekerja itu dengan marah. ”Budak ini memang nakal,”kata seorang pekerja yang lain.
 
Tidak lama kemudian, seekor serigala tiba-tiba muncul dari arah hutan. Serigala itu terus menyerang biri- biri. Kudin berasa terkejut lalu dia menjerit minta tolong.
     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
     ”Tolong! Tolong! Serigala menyerang biri-biri!”
Namun begitu, jeritan Kudin tidak di endahkan oleh pekerja-pekerja di situ. Mereka menyangka Kudin hanya bergurau. Mereka tidak mahu ditipu oleh budak yang nakal itu lagi. Disebabkan tiada orang datang menolongnya, beberapa ekor biri-biri yang dijaga oleh Kudin telah dibaham oleh serigala. Kudin menyesal kerana selalu mempermain-mainkan orang. Akibatnya dia sendiri yang rugi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment