SK Minyak Beku, 83030 Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. Powered by Blogger.
RSS

Layan Jer..

Rancangan Pengajaran Prasekolah


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh / Hari   :  31/10/2012 (Rabu)                           Masa               : 8.30 – 9.00 pagi
Kelas              :  Prasekolah Permata Hati                Bil. Pelajar     : 18 orang  
Mata pelajaran : Tunjang Fizikal dan Estetika                                 
Tajuk ( Tema)            : Bumi dan Angkasa Lepas
Objektif          : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :                                   1) Membuat kolaj roket dengan menggunakan tisu yang digentel kecil dan menampalnya di lembaran kerja yang mengandungi gambar roket.                                                                             2) Menyebut nama roket.
Pengetahuan Sedia Ada  : Murid mengetahui kenderaan ke angkasa lepas iaitu roket.

Bahan             : lembaran kerja gambar roket, tisu, gam, kad gambar roket, gambar
                          angkasawan , kolaj yang telah siap
                            
Nilai                :  bekerjasama, bertanggungjawab, tekun, mendengar arahan

Standard Pembelajaran : i) (KTI 1.1.4) Memanipulasi bahan secara kreatif untuk
                                                                penghasilan karya dengan bimbingan.
                                          ii) (KTI 1.3.4) Menceritakan dan mempamerkan hasil kerja sendiri.

Standard Pembelajaran yang disepadukan : (BM 2.1.3)  Berbual menggunakan ayat yang
                                                                                          mudah dengan sebutan yang betul.
                                                                            (PM 10.1.1) Bersedia menunggu giliran

KBKK : menjana idea, mengingati, merekacipta

Penilaian PnP : Hasil kerja murid


Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Permulaan /
Mencung-kil Idea
(5 minit )

Guru bersoal jawab dengan murid.


1. Guru menunjukkan  gambar roket kepada murid

2. Guru meminta murid mengeja perkataan roket secara individu dan berkumpulan.

3. bersoal jawab dengan murid tentang roket dan mengaitkan dengan aktiviti yang akan dijalankan pada hari ini.
  

Murid menyebut nama roket ditunjukkan guru.

Murid mengeja dan membunyikan perkataan mudah.


Murid menjawab soalan guru mengikut pengetahuan mereka dengan bersopan.


KB:menghubung-kait pengalaman

BCB:Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan / persekitaran murid

BBM: kad bergambar

Perkemba-ngan

Langkah 1
(5 minit)

Contoh aktiviti


Memperkenalkan bahan


1. Guru menunjukkan contoh kolaj roket yang telah siap kepada murid

2. Guru menunjukkan bahan-bahan dan menerangkan cara untuk membuat kolaj


Murid mendapat gambaran awal aktiviti yang akan dijalankan oleh mereka.

BBM : Contoh kolaj , lembaran kerja, gam, tisu

Nilai : memberi perhatian, mengingat dan memahami

Langkah 2
(15 minit)

Aktiviti kolaj

1.Guru meminta setiap murid mengambil bahan.

2. Guru memantau dan membantu murid semasa aktiviti kolaj dijalankan.


Murid berkongsi bahan yang diberikan guru.

Murid melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru


Nilai :
Bekerjasama

KB :
Menjana idea
Penutup
(5 minit)
Memberi penghargaan terhadap hasil kerja

Guru meminta murid berkumpul dan menunjukkan hasil kerja yang dihasilkan

Guru memberi pujian pada murid
Murid berkumpul dan menunjukkan hasil kerja kepada guru dan rakan.

Strategi/Kaedah :
Lisan


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment